Archive for 2015

Kaedah Meningkatan Tumpuan dan Perhatian

Dalam konteks pembelajaran, pelajar yang mempunyai kebolehan untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran dan mengekalkan tumpuan tersebut untuk jangka masa yang lama, sering mempamerkan prestasi cemerlang dalam apa jua tugasan yang dilakukan.

(1) Latihan carian huruf
Untuk latihan carian huruf, pelatih dikehendaki mencari huruf-huruf tertentu melalui apa-apa bentuk penulisan. Contohnya dengan mencari huruf “a” dalam perenggan pertama artikel ini. Apabila selesai, rekodkan masa yang diambil untuk menyelesaikan latihan ini. Tahap kepayahan latihan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, ia boleh dimulakan dengan satu perenggan, ditingkatkan kepada dua perenggan dan seterusnya. Selain itu, elemen keseronokan juga boleh diperkenalkan dalam latihan yang dilakukan seperti menjadikan ia sebagai satu bentuk pertandingan.

(2) Jejaki nombor
Latihan jejak nombor boleh dibuat menggunakan grid 10 x 10 yang mengandungi nombor berturut-turut seperti nombor 1 – 100 yang disusun dalam aturan rawak seperti contoh grid yang disediakan. Dalam latihan ini, pelatih dikehendaki menjejaki nombor yang disediakan mengikut aturan yang betul (0, 1, 2, 3, dan seterusnya). Seperti latihan carian huruf di atas, tahap kesusahan latihan boleh diturunkan seperti menggunakan nombor dalam aturan 1 – 50 atau ditingkatkan seperti menggunakan nombor dengan aturan 1 – 200. Latihan ini juga boleh dipelbagaikan dengan memasukkan elemen pertandingan untuk menambahkan keseronokan latihan.



Otak cenderung untuk memproses setiap maklumat yang diterima oleh sistem deria. Oleh yang demikian, melatih minda untuk memilih maklumat yang berkaitan dan mengabaikan maklumat yang tidak berkaitan dengan aktivit atau tugasan akan meningkatkan kebolehan untuk memberi tumpuan dan perhatian seterusnya prestasi tugasan yang sedang dilakukan. 

Leave a comment

Persediaan Exam

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN dari segi FIZIKAL

1. KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan.  Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu  ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:  

·        Tidur yang cukup.  Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

·         Jaga pemakanan.  Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

·         Riadah.  Jangan beriadah sehingga meletihkan badan.  Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.


2. KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan.  Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan.  Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.


Sumber : laman_map.com


Posted in | Leave a comment

Bagaimana menjadikan anak lebih cerdas?

6 Tips Meningkatkan Kecerdasan Otak Anak


1.       Bermain Permainan Asah Otak
Hal ini telah terbukti untuk meningkatkan kemampuan otak kanan anak Anda. Catur, teka-teki silang, ataupun permainan tebak-tebakan dapat melatih otak anak . Permainan seperti Sudoku bisa menjadi permainan yang menyenangkan sekaligus melatih pemikiran strategis, pemecahan masalah, dan pengambilan keputusan yang kompleks. Jaga terus permainan asah otak ini di sekitar rumah dan ajak anak anda untuk membantu anda dalam memecahkan masalah yang rumit.


2.       Belajar Musik
Mendengarkan anak Anda bermain musik mungkin tidak selalu menyenangkan bagi Anda, namun pelajaran musik dapat menjadi cara yang menyenangkan untuk mengasah otak kanan. Berdasarkan sebuah penelitian oleh para peneliti dari Universitas Toronto, pelajaran musik tampaknya bermanfaat bagi perkembangan IQ dan akademik anak. Penelitian tersebut menemukan bahwa belajar musik di masa kecil akan berpengaruh pada hasil (nilai) yang lebih bagus saat di SMU, dan IQ yang tinggi ketika dewasa.


3.       Olahraga
Studi yang dilakukan oleh peneliti Universitas Illinois menunjukkan hubungan yang kuat antara kebugaran dan prestasi akademik di antara anak-anak sekolah dasar. Berolahraga dapat mendorong anak lebih percaya diri, mampu bekerja secara tim, dan berjiwa kepemimpinan.


4.       Menggali dan Menjaga Rasa Keingintahuan
Para ahli mengatakan bahwa orang tua yang mendorong dan menjaga anak-anak mereka untuk menggali hal-hal baru, mengajarkan mereka akan pelajaran yang berharga: bahwa mencari pengetahuan adalah sangat penting. Dukunglah hobi anak-anak anda selama itu positif, jangan bosan-bosan menjawab pertanyaan-pertanyaan anak yang mungkin remeh bagi anda, dan ajarkan keahlian-keahlian baru pada mereka. Hal tersebut dapat membantu perkembangan otak anak anda ke arah yang lebih intelektual.


5.       Membaca
Membaca sangat baik untuk perkembangan otak anak. Membaca adalah cara untuk meningkatkan pembelajaran dan perkembangan kognitif pada anak-anak dari segala usia. Ajari anak-anak anda untuk membaca sedini mungkin dan dorong mereka agar senantiasa gemar membaca.


6.       Menguatkan Kepercayaan Diri
Pada usia remaja, anak-anak dapat menjadi mangsa berpikir negatif yang dapat membatasi potensi mereka. Psikolog anak mendorong orang tua untuk menguatkan anak-anak mereka secara positif dengan dorongan dan keyakinan yang optimis. Partisipasi dalam olahraga tim dan kegiatan sosial lainnya juga membantu membangun kepercayaan diri anak.



Nota : Tidak ada orang yang lebih baik dan tepat untuk mendidik anak selain anda sebagai orang tuanya, kerana sedar ataupun tidak anak akan lebih cenderung mengikuti kebiasaan dan beradaptasi dengan pribadi anda.

Leave a comment

Rahsia penerang hati untuk belajar ilmu baru


5 rahsia penerang hati utuk belajar ilmu baru ;

1. Jangan rasa lebih pandai daripada orang yang mengajar.
2. Belajar merendah diri
3. Bertanya dengan sopan
4. Bertanya untuk tahu, bukan untuk tunjuk pandai
5. Jangan lupa bersyukur + ucap terima kasih

Posted in | Leave a comment

Ajar anak solat

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.

Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukullah jika mereka tidak solat bila berumur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Abu Daud).


Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”`SOLATLAH ANAKKU WALAU DI MANA KAMU BERADA’


Salah satu tarikan untuk mendidik anak agar solat ialah dengan membelikan telekung yang baru. Ini akan membuatkan dia lebih bersemangat untuk solat.

Cadangan saya agar mencari telekung cotton yang patuh syariah supaya mereka belajar lagi awal bagaimana untuk mencari lelekung yang sesuai. Telekung yang baik buatannya akan membantu anak-anak beribadat dengan selesa, kusyuk dan tenang.


Telekung cotton kanak-kanak. Patuh syariat dan terbaik buatannya www.facebook.com/TelekungKauthar





Posted in | Leave a comment

Lemah dalam pelajaran

Hakikatnya, bukan sesuatu yang mustahil, seorang pelajar yang lemah boleh memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran di sekolah.

Impian boleh menjadi realiti jika di tokok tambah dengan kesungguhan dan sokongan ibu bapa.


Bagi pakar minda, Dr Alagan Govindan, pengalamannya lebih 20 tahun dalam pendidikan mendapati pelajar lemah mampu melonjak sebagai pelajar cemerlang.

Beliau berkata, kebanyakan pelajar di takuk lama kerana gagal menggunakan teknik betul dalam sistem pembelajaran serta rutin harian.

“Sejak 2001 saya membantu ribuan pelajar melonjak dari pelajar lemah menjadi cemerlang.

“Kecemerlangan bukan kerana kepandaian pelajar semata- mata tetapi ada kait mengait dengan sokongan persekitaran yang membantu melonjak kemampuan sedia ada.

“Pelajar lemah sering dianggap tiada masa depan dan semula jadi tidak pandai.
Itu tidak tepat kerana mereka mampu membina kecemerlangan jika betul tekniknya selain mendapat sokongan ibu bapa.

“Tiada siapa dilahirkan bijak tetapi ia adalah proses berterusan yang memerlukan bimbingan khusus untuk berjaya,” katanya.

Beliau adalah pakar memori dan minda yang banyak membuat penyelidikan mengenai tahap akal manusia selain memegang jawatan Presiden Pertubuhan Bijak Belajar Malaysia.

Kajian yang dilakukan, beliau menghasilkan beberapa panduan bagaimana menggunakan enam teknik belajar berkesan, teknik tingkah laku dan karier.

Beliau juga menggunakan kaedah pemantauan dengan melantik tenaga terlatih bagi memastikan pelajar lemah mengikuti segala panduan.

“Sepanjang tempoh program, tenaga terlatih ini akan datang ke rumah pelajar untuk melihat dan memantau sama ada mereka mengikuti apa diajar atau tidak.

“Melaluinya, pelajar akan jadi lebih berdisiplin manakala ibu bapa tahu peranan yang harus dilakukan.

“Semuanya dibuktikan dengan hasil kajian dan analisa. Malah, ada pelajar yang dulunya mendapat E dalam subjek Sains dan Matematik, kini memperoleh gred A dan B selepas mengikuti kaedah itu,” katanya.

Beliau turut berkongsi beberapa panduan yang digunakan dalam teknik tingkah laku iaitu:


  • Bangunkan anak dengan perasaan gembira supaya dia juga merasai perasaan sama.
  • Gim Minda (Brain Gym) untuk mengaktifkan perjalanan darah ke seluruh badan terutama kepala.
  • Riadah
  • Pilih makanan berkhasiat seperti meminum segelas susu sebelum tidur di waktu malam.
  • Pergaulan ibu bapa yang positif seperti sentiasa memberi kata pujian kepada anak-anak menggunakan sistem penghargaan.
  • Meja belajar yang selesa.
  • Menyediakan jadual waktu.

    Bagi teknik karier, beliau menggalakkan ibu bapa memanggil nama anak berdasarkan cita-cita.

    “Jika anak ingin menjadi doktor, tambahkan di pangkal namanya gelaran Dr. Teknik ini berkesan untuk memotivasikan anak tapi ibu bapa malu melakukan.

    “Anak yang kerap dipanggil begitu, dia akan jadi lebih bersemangat belajar kerana mahu mencapai cita-cita itu,” katanya.

    Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi b Tengku Mohamad telah memfomulasikan produk minda berasaskan makanan sunnah yang dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stress dan gangguan emosi.

  • Produk minda JuzQ30 ini terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut di dalam Al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.


    Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah :
    • Menyuburkan sel-sel otak
    • Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
    • Menstabilkan frekuensi minda
    • Memberikan ketenangan 
    • Meningkatkan keupayaan mengawal emosi
    • Terang hati dan mudah faham
    • Melembutkan hati yang degil
    • Cepat ingat dan pantas berfikir
    • Meningkatkan semangat belajar
    • Memudahkan hafalan
    • Membantu melancarkan  perjalanan darah.
    Harga : RM80 sekotak
    Ada DISKAUN untuk pembelian 2 kotak dan ke atas.
    Sila hubungi Pn Izzah 019-7294000.

    Posted in , | 1 Comment

    11 cara anak seronok ke sekolah

    Hari isnin adalah hari yang paling liat untuk anak-anak bangun pagi ke sekolah. Biasalah... Sabtu dan Ahad dah penat buat itu dan ini.


    11 Cara Anak Seronok Pergi Sekolah

    1. Sebelum tidur, tanyakan anak nak sarapan apa esok pagi. Masaklah sarapa kegemaran anak anda.
    2. Sediakan air panas untuk mandi pagi. Anak-anak akan rasa malas bila di suruh mandi air sejuk.
    3. Sediakan pakaian sekolah dengan cantik dan kemas. Mudah untuk anak pakai baju sekolah.
    4. Sebaiknya biarkan anak pakai baju sendiri. Biarkan mereka usaha sikit.
    5. Puji anak anda setiap pagi supaya mereka rasa dihargai.
    6. Jangan hantar anak anda ke sekolah dalam keadaan tergesa-gesa. Kalau lambat, akan kena denda nanti. Tentu anak tidak rasa seronok.
    7. Peluk anak anda setiap hari sebelum ke sekolah. Cium pipi dan berikan kata-kata semangat.
    8. Bila anak balik dari sekolah, tanyakan apa yang dia belajar. Tanyakan bagaimana keadaan di sekolah.
    9. Lepas balik sekolah, minda anak mandi dan sediakan makan tengahari. Makan bersama anak anda sambil sembang-sembang apa yang dia belajar.
    10. Minta anak selesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Kalau dah siap, anak anda selesa untuk buat perkara lain.
    11. Sebelum tidur, anda bersama anak kemas buku sama-sama
    Semoga membantu.


    Sumber : hasrulhassan.com



    Posted in | Leave a comment

    Rawatan muka untuk ibu-ibu


    Ibu-ibu selalu bimbangkan pelajaran anak-anak sehingga diri sendiri terabai pun tak perasan, Lebih-lebih lagi ibu-ibu yang siangnya bekerja dan bila balik rumah pula sibuk menguruskan hal rumahtangga. Bila tidur, tidak sempat hendak sapu-sapu krim pada muka. Yang paling merunsingkan ialah tanda-tanda penuaan sudah mula nampak.

    Rawatan muka terbaru dipasaran oleh Ardini Essential. Satu produk yang pastinya akan menggegarkan industri Produk Kesihatan di Malaysia. Produk ini berasaskan Habatussauda. Dijamin selamat kerana telah lulus ujian Logam Berat dan Mikrob oleh SIRIM Malaysia.

    Produk ini juga dijamin stabil dari segi BAU, WARNA dan TEKSTUR kerana lulus ujian kestabilan. Mendapat kelulusan KKM @ BPFK bermakna bahan yang digunakan adalah selamat pada kulit.

    Dikilangkan di kilang bertaraf GMP, di mana dijamin selamat dan bersih. Sumber yang digunakan adalah dari sumber natural dan tiada bahan dari haiwan. Pengawet yang digunakan juga dari bahan natural (iaitu Paraben Free)


    Sesuai untuk semua lapisan umur dan jantina. 
    Amat bermanfaat untuk mereka yang mengalami masalah kulit muka
    Sesuai juga untuk mereka yang inginkan penjagaan diri berasaskan sunnah.

    Serum dengan khasiat Habatus Sauda dan Zaitun terbukti dapat membantu kulit wajah LEBIH SIHAT, Tegang, Bermaya, Lembut, Gebu, Comel, Cantik dan Berseri.

    ARDINI ESSENTIALS - Multi Perfection Facial Treatment Serum
    Kesan kulit putih & cantik seawal 14 hari.

    Harga : RM90
    Free Postage
    Free Gift

    Info lanjut, hubungi Pn Izzah di talian 019-7294000

    ❥❥❥”Serum Habatus sauda sangat best.. tak melekit… cepat serap and yang paling best muka sgt smooth. .. akak suka sgt2…” – Fauziah – KL

    ❥❥❥”Jerawat cept kering, jeragat pun dah semakin pudar, muka jadi x berminyak” – Suriani – Sarawak

    ❥❥❥”Selepas seminggu penggunaan serum, kulit muka semakin lembut dan kencang. Bintik2 hitam jg semakin pudar. Kulit wajah jg sentiasa lembap.” Sainah Ibrahim – Sabah

    ❥❥❥”Memang bagus xberminyak dan kulit muka rasa lembut” Rosilawate- Selangor

    ❥❥❥”berpuas hati. parut2 hitam kesan jerawat lama semakin pudar.ada rakan2 tegor saya kelihatan berbeza dan cantik tanpa makeup.tq serum habatusauda” Nurrashidah -Pahang

    Semua FEEDBACK adalah jujur ikhlas dari pelanggan kami sendiri. Syukur Alhamdulillah



    Posted in | Leave a comment

    Tips atasi anak susah makan

    Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah anak tidak ada selera ,akam. Dengan kata mudah anak tidak suka makan bermula dengan umur setahun sehinggalah mereka bersekolah. nak-anak ini lebih suka makan jajan daripada makan nasi atau makanan yang berkhasiat. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan mereka tidak ada selera makan. Kadang-kadang terfikir jugak tak terasa lapar ke seharian tidak jumpa nasi.

    Ada beberapa tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu untuk menambah selera anak-anak untuk makan;


    • Jangan paksa anak makan
    • Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan
    • Ajar anak makan bila anak dalam keadaan lapar dan tenang
    • Makan bersama-sama
    • Ajak anak bermain sambil makan
    • Hidangkan makanan dengan cara yang menarik
    • Elekkan sesetengah minum air sambil makan
    • Kurangkan makan snek
    • Biarkan anak-anak membantu menyediakan hidangan
    • Ajak anak-anak membeli barangan dapur bersama
    • Sekali sekala ajak anak-anak makan bersama rakan mereka
    • Biarkan anak-anak makan sendiri
    • Tanya pendapat anak menu mereka suka
    Semuga bermanfaat.

    #rahsiaanakpandai
    #iluvjuzq30



    Posted in | Leave a comment

    Petua kuatkan daya ingatan

    Bukan sahaja mereka yang lanjut usia mudah lupa, tetapi golongan muda juga menghadapi masalah ini. Pemakanan memainkan peranan penting untuk merangsang kesuburan otak. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

    1. Madu
    Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Rasullullah SAW bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

    2. Kismis
    Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukui untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

    3. Susu Segar
    Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Ia diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Ia juga berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.

    4. Telur
    Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur kampung dan yang masih baru.

    5. Halia
    Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua.

    6. Limau Oren
    Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran .

    7. Buah Delima
    Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 tahun.

    8. Kekacang
    Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

    9. Buah Badam
    Untuk meningkatkan kecerdasan.

    Persoalannya : 
    ADAKAH ANAK-ANAK KITA MAMPU UNTUK MAKAN SEMUANYA SETIAP HARI?

    Pakar Motivasi Pelajar & Pekerja, Dr Tengku Asmadi b Tengku Mohamad telah memfomulasikan produk minda JuzQ30 yang diyakini dan dipercayai dapat meningkatkan kecerdasan minda (IQ). Ia terdiri daripada bahan-bahan makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran dan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik khusus untuk nutrisi minda serta diterapikan dengan 30 Juz Al-Quran.


    Jika BERMINAT???
    Sila hubungi Pn Izzah 019-7294000.

    Pesanan : Jika anda ingin menjaga dan memiliki daya ingatan yang kuat, elakkan dari memakan barangan masam, jeruk, epal masam dan kepala ikan.

    Menjaga Pemakanan :

    Makanan yang halal lagi seimbang akan membantu pembentukan peribadi yang cemerlang dan setiap daripada apa yang kita makan mampu untuk mempengaruhi otak seseorang itu kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Firma Allah mafhumnya :

    “Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya” (‘Abasa: 24)

    “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (an-Nahl : 114)

    Makanan yang diragui kehalalannya dan makanan yang syubhah hendaklah dielakkan. Ini kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang buruk pada badan dan terhijab daripada makbulnya doa.

    Elakkan juga daripada makan secara berlebihan dan makanan yang boleh melemahkan otak seperti ; kepala ikan, makanan yang dimasuki semut (ada semut mati di dalamnya), minum air semasa sedang makan (sepatutnya minum selepas selesai makan) dan makanan yang masam.



    Posted in , | Leave a comment

    5 tips menangani anak-anak hiperaktif

    KANAK-KANAK lasak yang sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini.

    Kebanyakkan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hulang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa.

    Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mungkin mereka berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD). Ini merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.

    5 tips yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan.


    1. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak- kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.
    2. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak nakal, malas atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang ana labelkan.
    3. Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.
    4. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.
    5. Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.
    6. Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.
    7. Ajarkan displin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.
    Sumber : Utusan.com.my 24/09/2009


    Sedikit perkongsian tentang makanan sunnah yang diterapikan dengan 30 juz Al-Quran dapat membantu memberi ketenagan dalam diri dan fikiran kanak-kanak hiperaktif ini iaitu Terapi Minda JuzQ30. Ingin mencuba.. sila sms/whatsapp 019-7294000.

    #juzq30
    #rahsiaanakpandai
    #anakpandai
    #anakbijak
    #anaksoleh

    Posted in | Leave a comment

    Sesi persekolahan 2015

    Alhamdulillah. Sesi persekolahan 2015 sudah pun bermula. Kawasan-kawasan sekolah sesak di sana dan di sini. Nak cari tempar parking pun susah. Terpaksa lah saya parking jauh sedikit.


    Tahun ini puteri saya yang ke 4, Puteri Hannah masuk darjah satu. Gembira dan bersemangat untuk ke sekolah. Maklum la, sekolah baru, uniform baru dan segala-galanya baru. Awal pagi lagi dia dah bangun. Lepas bangun, terus sahaja minum satu sacet JuzQ30 untuk berikan dia kecergasan fizikal dan mental semasa di sekolah.

    Anak-anak memerlukan makanan tambahan supaya dia aktif sepanjang hari di sekolah. Sebab itu kalau kita lihat ada segelintir anak-anak tidak ceria semasa ke sekolah. Sebab apa tidak ceria? Sebabnya mereka tidak diberikan sesuatu yang boleh buat mereka ceria dan sentiasa bersemangat semasa di sekolah. Saya cadangkan ibubapa berikanlah anak anda JuzQ30. JuzQ30 ini sangat bagus untuk merangsang kesuburan minda anak. InsyaAllah anak lebih bertenaga, ligat berfikir serta mudah ingat, hafal dan faham apa yang cikgu ajar.

    Hari pertama.
    Cikgu bawa Puteri Hannah dan kawan-kawannya melawat sekitar kawasan sekolah. Dia kata, "seronoknya mama".
    Melawat kantin
    Melawat perpustakaan
    Melawat bilik guru
    Melawat tandas.

    Dalam keseronokkan dia bercerita, tiba-tiba.. "Mama, tandas dia buruk la. Banyak pintu yang rosak. Bilik air dia gelap... adik takot nak masuklah. Macam mana kalau adik nak kencing?" Hihihi... gelak-gelak aku dengar pengakuan dia yang jujur itu. Anak-anak kecil ini tidak pandai berbohong. Kadang kala seronok mendengat mereka bercerita.

    Apabila mereka bercerita apa yang berlaku di sekolah, maknanya otak mereka sedang ligat berfikir. Mudah ingat apa yang berlaku dan seterusnya boleh cerita dengan jelas lagi. Ini semuanya gara-gara minum JuzQ30.

    Anda berminat nak tahu rahsia JuzQ30?
    Sila sms/whatsapp <JZQ> ke Pn Izzah 019-7294000.

    Posted in | Leave a comment

    Gingko Biloba Ekstrak baik untuk otak

    Gingko Biloba yang digunakan dalam ujian klinikal mengandungi dua kumpulan fitokimia iaitu flavonol glikosid (melawan aktiviti antioksida) dan terpene laktone (memberi kesan pencairan darah). Unsur bilobalide, salah satu daripada pecahan terpene laktone juga berfungsi untuk mengaktifkan neuron otak dan ini bagus dalam membantu pembelajaran dan menguatkan ingatan.

    Walau bagaimanapun, ekstrak ini mahal harganya dalam dunia perubatan. Ada sesetengah syarikat pengeluaran makanan tambahan terpaksa mengurangkan kandungan ginkgo biloba untuk menjimatkan kos. Lebih teruk, produk mereka mengandungi ekstrak ginkgo biloba yang kurang berbanding yang tertera di label.

    Oleh itu, pastikan anda memilih jenama yang dipercayai.


    Posted in | Leave a comment

    Bagaimana atasi masalah anak yang malas dan lambat belajar

    Seronok tidak terkata bila melihat si cimel kita boleh membaca buku. Pengalaman saya pertama kali melihat anak membaca buku "Peter & Jane" dari muka surat pertama hingga tamat dengan lancar buat saya rasa gembira dan terkejut. Anak saya yang berumur tiga tahun setengah sudah boleh membaca buku tahap empat dan lima tahun dengan lancar sekali.

    Sebelum ini, anak saya susah kalau diajar di rumah. Saya memang nak didik anak saya supaya boleh membaca dari awal. Isteri saya bertugas sebagai guru yang tidak pernah selesai dengan kerjanya. Saya pula sering di luar kawasan sehingga berminggu-minggu lamanya. Bimbang perkembangan anak terganggu, saya menyarankan agar dia dihantar ke tadika.

    Di tadika, anak saya satu-satunya pelajar berumur 3 tahun, selebihnya adalah pelajar tahun empat, lima dan enam. Seminggu pertama, saya dapat maklumbalas dari cikgu yang anak saya terlalu aktif bermain dan tidak boleh fokus di kelas. Ada kalanya, cikgu beritahu anak saya sering mengantuk dan tidur dalam kelas. Di rumah, bila saya tanya belajar apa, dia jawab tak belajar apa-apa, tak tahu dan sebagainya.

    Pada mulanya saya fikir itu perkara biasa sebab anak saya kecil lagi. Tapi setelah hampir sebulan saya lihat tidak banyak perkembangan pasa anak saya. Dia masih tidak boleh mengeja apatah lagi membaca. Paling-paling cuma baca ABC dan 123 sahaja.

    Suatu hari saya terbaca artikel di sebuah amajalan mengenai perkembangan otak kanak-kanak. Saya tertarik dengan kandungan artikel tersebut mengenai nutrisi yang boleh membantu meningkatkan pretasi otak dan minda (IQ). Di artikal tersebut ada disenaraikan makanan-makanan sunnah dan tertulis di dalam Al-Quran akan khasiatnya untuk kekuatan otak. Makanan-makanan tersebut juga menjadi sajian utama para tahfiz Al-Quran.

    Bagus sekali kalau saya boleh bagi anak saya semua makanan tersebut. Tapi, di mana nak cari?

    Alhamdulillah, akhirnya saya dah jumpa pun di mana nak dapatkan makanan tersebut. Saya tidak bertangguh lagi dan terus membelinya.  Saya berikan kepada anak setipa pagi sebelum anak saya ke sekolah.

    Seminggu lepas itu, saya nampak perubahan yang sangat ketara.
    Anak saya senang bangun pagi. Lepas bangun terus minta makanan tersebut. Dia sangat suka kerana rasanya yang sedap. Saya juga terima maklum balas dari cikgu tadika yang anak saya sekarang suka sangat belajar. Apa yang cikgu suruh pasti dia buat.

    Memang betul sebab di rumah pun dia asyik nak buka buku, membaca, mengeja, menulis dan mewarna. Satu hari saya nampak dia pegang buku "Peter & Jane" dan dibacanya satu persatu sehingga muka surat terakhir.

    Saya telefon cikgu dia dan bertanya mengenai perkembangan anak. Cikgu itu sendiri agak terkejut kerana anak saya boleh menghafal apa yang diajar. Walaupun dia belum pandai mebaca, tapi sudah boleh menghafal dan mengenal setiap perkataan di dalam buku tersebut.

    Cikgu tadika tanya, apa saya buat paa anak saya sehinggakan dia boleh berubah menjadi rajin dan cepat belajar dalam masa yang singkat. Saya tak suka berahsia dan teruja sangan untuk berkongsi. Kalau pembaca nak tahu, sila klik http://rahsiaanakpandai.blogspot.com/p/anak-bijak_26.html


    BERMINAT?
    Boleh terus hubungi Pn Izzah 019-7294000.

    Posted in , | Leave a comment

    Doakan anak setiap hari

    "Anak saya degil, tak mahu dengar cakap!"
    "Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"
    "Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tak akan buat!"


    Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai. Kanak-kanak dalam lingkunagn umur dua tahun hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga di dapati 'tidak dengar kata'

    Sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah? Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangai anak sebegini.

    • Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak. Selalunya ibubapa bercakap sambil lewa saja tetapi sebaliknya, pandang uka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.
    • Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian. 
    • Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.
    • Cuba faham personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak iyang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.
    • Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan karenah anak yang menghiburkan.
    • Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda enghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu. Adakah terdapat ereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk memcari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
    • Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalya lembut akan menjadi semakin keras. Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
    Sumber : Harian Metro 01/02/2011


    Posted in | Leave a comment

    Tips meningkatkan semangat belajar

    Semangat untuk belajar memang susah nak cari tapi kalau dah dapat... wowwww!!! memang best sangat. Tidak semua orang mempunyai semangat belajar. Dan mereka yang ada semangat belajar pun belum tentu selalu bersemangat. Kadang-kadang rasa bosan dan letih inilah yang selalu melanda diri anak-anak kita.

    Saya nak kongsikan beberapa 4 tips untuk meningkatkan semangat belajar. Tinggal beberapa hari jer lagi sesi persekolahan tahun 2015 akan bermula. Ayuh!!! tingkatkan semangat anak-anak untuk belajar di sekolah.



    1. Bergaul dengan orang yang bersemangat
    Masalah berteman??? Ya, inilah masalahnya. Teman yang malas memberikan kesan negatif pada kita iatu kita juga akan ikut malas. Begitu juga sebaliknya jika kita sering bergaul dengan orang yang bersemangat, jiwa kita akan terinspirasi untuk menirunya.

    2. Buatlah target yang ingin dicapai
    Buatlah target jangka panjang, jangka menengah maupun jangka pendek. Tulis di tempat yang sering anda lihat seperti di pintu bilik tidur, di buku harian dan di dinding bilik belajar. Memang penting menulisnya kerana kalau kita ingat-ingat, pasti satu hari terlupa.

    3. Menunda kesenangan
    Maksudnya bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tundalah masa bermain-mana dan bermalas-malasan. Bila dah berhasil nanti barulah rasa senang.

    4. Buktikan pada orang-orang bahawa anda pintar
    Mulai sekarang, buktikan anda mempunyai semangat yang tinggi. Saya yakin, kemalasan anda akan turut hilang.


    Posted in , | Leave a comment

    Anak lambat bercakap

    Masalah anak cepat atau lambat bercakap ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran termasuk peranan ibubapa. Ada juga bayi yang normal akan lambat bercakap sehingga usia mereka mencecah 2 hingga 5 tahun. Secara umum, bayi mempelajari cara percakapan menerusi orang yang berada di sekeliling mereka.


    Lazimnya bayi akan memberi tindak balas sebaik sahaja mereka dilahirkan. Seorang kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Untuk itu, enam bulan pertama amat penting di mana ibubapa harus berkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap. Ini kerana seawal 10 hingga 12 bulan bayi lazimnya sudah boleh mengungkapkan perkataan papa, mama, baba, ibu, umi dan sebagainya yang dalam dua perkataan. Perkembangan tersebut akan meningkat perlahan-lahan sehinggalah mereka berusia 18 bulan di mana percantuman perkataan mula dituturkan.

    Sekiranya bayi lambat bercakap berbanding kanak-kanak seusianya maka ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa tumbesaran bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza. Masalah bercakap hanya boleh ditentukan menerusi terapi pertuturan bahasa. Ibubapa yang mengesyaki anak mereka berhadapan masalah bercakap perlu segera merujuk kepada pakar terapi.

    Ini kerana lambat befcakap boleh menjadi petanda kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme, terencat akal, lembap pembelajaran dan sebagainya. Lebih cepat dikenalpasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu.

    Selain itu, perkara yang yang menyebabkan anak-anak lambat bercakap ialah tiada komunikasi antara ibubapa dengan anak masing-masing dan juga hubungan mata yang lemah. Hal ini terjadi kerana ibubapa lebih gemar endedahkan anak-anak mereka dengan gajet-gajet terkini yang tidak mempunyai komunikasi dua hala. Apabila ini terjadi, kanak-kanak tersebut tidak diendahkan dengan perkataan-perkataan ataupun komunikasi seharian yang sepatutnya mereka dengar.

    Antara petanda yangboleh dipantau ibubapa bai engetahui anak mereka mempunyai masalah lambat bercakap ialah bayi idur sepanjang masa, gagal untuk bertindak balas pada suara atau lain-lain bunyi dan tindakbalas luar biasa yang berlebihan kepada rangsangan fizikal seperti bising, cahaya dan sentuhan.

    Pada usia kanak-kanak dua tahun pula dia sepatutnya sudah boleh enguasai 200 hingga 300 patah perkataan. Selain itu, merek aboleh menyebut dua gabungan perkataan seperti baby nangis.

    Menjelang usia tiga tahun pula, mereka boleh menguasai 900 hingga 1000 perkataan dan boleh menyebut beberapa baris ayat ringkas. Mereka juga boleh bermain dengan bunyi dan perkataan dan boleh menerima arahan.

    Sumber : Akhbar Utusan 20120906

    Posted in | Leave a comment

    Cara mengatasi anak malas ke sekolah

    Anak ni ada bermacam-macam ragam. Ada yang rajin pergi sekolah sebab ada ramai kawan dan ada yang malas ke sekolah sebab tak berminat dengan suasana di sekolah. Anda sebagai ibubapa wajib ambil tahu kenapa dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Saya ada beberapa TIPS yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah anak malas ke sekolah.


    Selidik masalah
    Ibubapa harus mengenalpasti masalah tersebut dengan cara bertanya kepada anak anda. Kemudian fikirkan cara yang menarik yang membutakan anak bersemangat ke sekolah.

    Hilangkan kekerasan di sekolah
    Mungkin anak-anak ini dibuli/dikacau semasa di sekolah. Ibubapa haru menghentikan hal ini dengan cara berjumpa dengan guru kelas/guru besar ataupun terus bercakap dengan ibubapa anak tersebut.

    Bantu anak untuk dapatkan kawan di sekolah
    Jika anak-anak ada ramai kawan di sekolah, mereka akan rasa seronok untuk datang ke sekolah. Bagaimana nak dapatkan ramai kawan di sekolah? Caranya, anda boleh buat pesta/majlis makan-makan di rumah anda dan menghabiskan waktu bersama mereka. Mesti seronok kan?

    Bantu pelajaran agar mudah anak faham
    Bantu dari guru sekolah adalah sangat penting. Bantu anak anda dengan memberikan contoh-contoh yang lebih mudah difahami anak.

    Berikan penghargaan kepada anak untuk kehadirannya.
    Jika anak anda boleh pergi sekolah penuh dalam masa sebulan, makan berikanlah hadiah sebagai bentuk penghargaan. Dengan cara ini boleh membuat anak menjadi lebih bersemangat untuk ke sekolah.

    Dengan cara begini, sudah tentunya anak anda suka pergi sekolah tanpa ada rasa tekanan. Mereka melihat sekolah sebagai tempat yang mengembirakan dan saya pasti anak anda tidak sabar menanti esok hari agar dapat segera ke skolah.

    Posted in | Leave a comment

    Anak malas ke sekolah

    Kenapa anak malas ke sekolah?

    Sebahagian besar anak mengeluh tidak menyukai sekolah dan lebih suka tinggal di rumah sahaja. Jom kita kenalpasti apa masalah yang membuatkan anak-anak kita malas untuk ke sekolah. Adakah kerana mereka rasa bosan atau faktor stress yang membuat anak membenci sekolah?

    Mungkin alasan ini boleh dijadikan panduan mengapa anak malas ke sekolah.

    • Merasa bosan dengan kegiatan sekolah
    • Merasa pelajaran di sekolah sangat susah untuk difahami sehingga mencari alasan untuk tidak ke sekolah.
    • Memiliki masalah dengan beberapa teman di sekolah dan tidak mampu menjalin pertemuan dengan orang lain.
    • Ada kawan-kawan yang suka mengusik anak anda sehingga merasa takut untuk ke sekolah.
    • Anak anda merasa bodoh apabila dibandingkan dengan teman-teman yang lain.
    • Sebahagian anak merasa sekolah seperti penjara kerana merasa tertekan di dalamnya sehingga merasa penat atau tertekan kerana tidak menikmati sekolah.

    Jika anda adalah ibubapa yang merasa bahawa anak anda malas ke sekolah kerana alasan di atas, nanti saya kongsikan tips dan cara menghadapi anak malas ke sekolah pada posting berikutnya.


    Posted in | Leave a comment

    Anak sukar bangun pagi

    Anak OH Anak!!!

    Sebulan setengah anak-anak bercuti akhir tahun persekolahan. Mereka sudah terbiasa tidur lewat dan bangun lewat. Rasa-rasanya... nanti hari pertama sekolah, mudah tak mereka hendak bangun awal pagi??? Ramai ibubapa yang mengeluh memikirkan masalah anak susah bangun pagi termasuklah diri saya sendiri.

    Alhamdulillah. Saya terjumpa tips untuk mengatasi masalah anak susah bangun pagi. Moga bermanfaat.


    1. Perhatikan perilaku tidur anak.
    Anak yang susah bangun pagi biasanya memiliki perilaku tidur yang buruk dan sebab tidak mudah mengantuk di malam hari. Tanyakan pada anak apa yang menyebabkannya susah tidur. Pastikan anak menghindari minuman yang mengandunyi kafein di waktu petang dan malam hari.

    2. Pastikan anak tidur dengan kaar waktu yang betul.
    Kurangnya waktu tidur anak-anak boleh jadi salah satu sebab mengapa ia susah bangun pagi. Waktu tidur setiap orang berbeza, berikan waktu tidur yang sesuai untuknya. Rata-rata anak-anak kecil tidur mulai jam 8 hingga 9 malam. Tempoh tidurnya ialah selama 8 hingga 9 jam juga.

    3. Cuba cara yang berbeza membangunkan anak anda.
    Untuk sesetangah anak, mematikan lampu merupakan cara membangunkan paling cepat. Cara yang sering digunakan ialah dengan cara mengguncang-guncangkan badan atau menyalakan jam lonceng. Cari cara yang paling sesuai untuk anak anda.

    4. Buatkan sarapan
    Janjikan sarapan yang sedap boleh jadi salah satu teknik si kecil tidak malas bangun pagi. Teknik ini boleh dikatakan sebagai umpan untuk anak bangun pagi. Sebagai contoh katakan pada anak "Kalau Hannah cepat bangun pagi nanti mama akan buatkan roti bakar letak leanut butter dengan jelly". Pasti akan menarik perhatian si kecil untuk lekas bangun.

    5. Berikan tanggungjawab kepada
    Jika anak susah untuk bangun pagi kerana selalu tidur lewat malam, mungkin akibat leka menonton tv, bermain dan sebagainya. Bila lambat bangun, maka lambatlah pergi ke sekolah. Di sinilah tanggungjawab ibubapa memainkan peranan. Hadkan waktu menonton tv an bermain. Berikan kerja atau tugasan kecil kepada anak anda sebagai satu tanggungjawab kepada mereka. Tugasan yang diberikan adalah untuk memberikan kepenatan sedikit kepada anak-anak seperti mencuci pinggan, menyapu sampah dan sebagainya mengikut umur anak anda.




    Posted in | Leave a comment

    Produk Minda JuzQ30


    Sudah 2 tahun lebih kami sekeluarga mengamalkan produk minda JuzQ30 ini. Sebelum ini, sudah bermacam-macam produk kami cuba tetapi tidak berhasil. Kami tidak pernah berputus asa demi memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.

    RAHSIA MINDA ANAK CERGAS

    JuzQ30 ini adalah produk terbaik untuk minda. Ia diekstrak lebih daripada 10 pemakanan minda dan diadunkan dengan madu dan air zam-zam serta terapi Quran. Diadun pula bukan dengan air biasa, TETAPI sebaliknya air zam-zam yang telah ditulis dengan 6236 ayat Al-Quran menggunakan zaffaran dan dibacakan 30 Juz Al-Quran.

    JuzQ30 ini boleh diambil oleh semua peringkat usia termasuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Malah lagi awal pengambilannya lagi bagus kerana otak mereka sedang membesar dan berkembang.

    Dengan izin Allah, antara khasiatnyayang paling utama ialah :
    • Menyuburkan sel-sel otak
    • Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
    • Menstabilkan frekuensi minda
    • Memberikan ketenangan
    • Mampu mengawal emosi
    • Terang hati
    • Melembutkan hati yang degil
    • Mudah faham, cepat ingat
    • Otak ligat berfikir
    • Meningkatkan semangat belajar
    • Memudahkan hafalan
    • Membantu melancarkan peredaran darah
    • Mencantikkan kulit
    • Banyak lagi khasiat tambahan lain

    Testimoni : UPSR & PMR

    BERMINAT?
    Hubungi Pn Izzah di talian 019-7294000. 
    Free poslaju kecuali Sabah dan Sarawak.






    Posted in | Leave a comment

    Makanan tambahan anak cemerlang

    Ada seminggu lagi sesi persekolahan 2015 akan bermula. Bagaimana dengan persiapan anak-anak?

    Dah daftar sekolah anak?
    Dah beli kelengkapan sekolah anak-anak?
    Dah daftar tuisyen anak-anak?
    Bagaimana dengan pengangkutan anak-anak?
    Bagaimana pula dengan makanan tambahan untuk anak-anak sihat dan cergas di sekolah?

    Ya, makanan tambahan memang sangat penting untuk memastikan anak sihat, cergas dan bertenaga semasa di sekolah. Bila anak cergas, barulah anak ada tumpuan di dalam kelas. Mudah untuk dia ingat, faham dan hafal apa yang cikgu ajar.

    Percayalah!!!

    Walaupun anak bersekolah di sekolah yang terbaik, pusat tuisyen terbaik, guru terbaik dan segala-galanya terbaik... kesihatan dan kecergasan adalah amat penting. Otak yang cergas menjamin melahirkan anak-anak yang cerdik pandai serta baik sahsiah dirinya.

    Nanti saya kongsikan makanan tambahan yang terbaik yang difomulasikan oleh pakar motivasi pelajar & pekerja, Dr Tengku Asmadi b Tengku Mohamad. InsyaAllah, boleh merangsang kesuburan minda anak-anak. Tungguuu... :-)



    Posted in | Leave a comment

    Menangani anak yang degil dan nakal

    Anak yang degil dan nakal... Salah ibubapa atau anak?

    "Anak saya ni malas belajar, malas solat, malas tolong kerja-kerja di rumah, asyik tengok FB, main games dan tengok TV. Suka sangat melingkor dalam bilik. Dah berbuih mulut ni dok nasihat dia tapi dia tetap dengan perangai dia."

    "Anak saya ni umur 3 tahun, tapi lasaknya... tak tahan saya. Kalau mengamuk saya ditumbuknya. Pastu dia dok guling2 atas lantai. Kadang2 dia dok hempas-hempaskan badannya. Saya dah tak tahu nak buat macam mana ni."

    Inilah antara keluhan ibubapa yang "pening" memikirkan kerenah anak-anak mereka.

    Ada pelbagai cara untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini. Mulakan sejak mereka kecil lagi. Didiklah mereka dengan kasih sayang, ketegasan dan displin. Displin ini amat penting, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka. Bayangkan jika anda bersama keluarga ke rumah orang lain, anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang seperti menyentuh dan mengisik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising... apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda biarkan perbuatan anak anda dan terus berborak dengan tuan rumah? Walaupun tuan rumah kelihatan tersenyum, tapi hatinya tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda.

    Kalau perkara sekecil ini anda tidak prihatin dan tidak dapat kawal, maka tidak mustahil lah satu hari nanti kenakalan dan kedegilan mereka ini akan mendatangkan musibah kepada anda. Fikir-fikirkan lah.

    Sebagai ibubapa perlu bijak dalam mendisplinkan anak-anak kita. Adakalanya memang kita beri mereka "gula-gula", tunjukkan kasih sayang, lemah lembut dan membiarkan mereka bebas meneroka alam kanak-kanak mereka dengan sedikit kenakalan... itu tidak mengapa. Kita juga haru berani memberi mereka "ubat pahit", menegur dan memarahi mereka dengan berkata "jangan atau tidak" supaya mereka mengerti tentang erti "batasan".

    Jangan lupa untuk didik mereka dengan agama, solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya agar jiwa mereka disinari cahaya agama. Ajarkan mereka tentang dosa pahala agar mereka tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Ibubapa juga selalu-selalu lah mendoakan anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh, tidak tinggalkan solat dan sentiasa membaca Al-Quran.

    Rawatlah anak-anak ini dengan JuzQ30. JuzQ30 ini mampu melembutkan hati anak yang degil, InsyaAllah.



    Posted in , , | Leave a comment
    Powered by Blogger.

    Search

    Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.