Petua kuatkan daya ingatan

Bukan sahaja mereka yang lanjut usia mudah lupa, tetapi golongan muda juga menghadapi masalah ini. Pemakanan memainkan peranan penting untuk merangsang kesuburan otak. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Rasullullah SAW bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

2. Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukui untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

3. Susu Segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Ia diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Ia juga berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.

4. Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur kampung dan yang masih baru.

5. Halia
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua.

6. Limau Oren
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran .

7. Buah Delima
Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 tahun.

8. Kekacang
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

9. Buah Badam
Untuk meningkatkan kecerdasan.

Persoalannya : 
ADAKAH ANAK-ANAK KITA MAMPU UNTUK MAKAN SEMUANYA SETIAP HARI?

Pakar Motivasi Pelajar & Pekerja, Dr Tengku Asmadi b Tengku Mohamad telah memfomulasikan produk minda JuzQ30 yang diyakini dan dipercayai dapat meningkatkan kecerdasan minda (IQ). Ia terdiri daripada bahan-bahan makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran dan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik khusus untuk nutrisi minda serta diterapikan dengan 30 Juz Al-Quran.


Jika BERMINAT???
Sila hubungi Pn Izzah 019-7294000.

Pesanan : Jika anda ingin menjaga dan memiliki daya ingatan yang kuat, elakkan dari memakan barangan masam, jeruk, epal masam dan kepala ikan.

Menjaga Pemakanan :

Makanan yang halal lagi seimbang akan membantu pembentukan peribadi yang cemerlang dan setiap daripada apa yang kita makan mampu untuk mempengaruhi otak seseorang itu kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Firma Allah mafhumnya :

“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya” (‘Abasa: 24)

“Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (an-Nahl : 114)

Makanan yang diragui kehalalannya dan makanan yang syubhah hendaklah dielakkan. Ini kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang buruk pada badan dan terhijab daripada makbulnya doa.

Elakkan juga daripada makan secara berlebihan dan makanan yang boleh melemahkan otak seperti ; kepala ikan, makanan yang dimasuki semut (ada semut mati di dalamnya), minum air semasa sedang makan (sepatutnya minum selepas selesai makan) dan makanan yang masam.



Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.