5 tips menangani anak-anak hiperaktif

KANAK-KANAK lasak yang sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini.

Kebanyakkan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hulang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa.

Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mungkin mereka berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD). Ini merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.

5 tips yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan.


  1. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak- kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.
  2. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak nakal, malas atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang ana labelkan.
  3. Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.
  4. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.
  5. Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.
  6. Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.
  7. Ajarkan displin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.
Sumber : Utusan.com.my 24/09/2009


Sedikit perkongsian tentang makanan sunnah yang diterapikan dengan 30 juz Al-Quran dapat membantu memberi ketenagan dalam diri dan fikiran kanak-kanak hiperaktif ini iaitu Terapi Minda JuzQ30. Ingin mencuba.. sila sms/whatsapp 019-7294000.

#juzq30
#rahsiaanakpandai
#anakpandai
#anakbijak
#anaksoleh

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.