Anak OH Anak!!!
Sebulan setengah anak-anak bercuti akhir tahun persekolahan. Mereka sudah terbiasa tidur lewat dan bangun lewat. Rasa-rasanya... nanti hari pertama sekolah, mudah tak mereka hendak bangun awal pagi??? Ramai ibubapa yang mengeluh memikirkan masalah anak susah bangun pagi termasuklah diri saya sendiri.
Alhamdulillah. Saya terjumpa tips untuk mengatasi masalah anak susah bangun pagi. Moga bermanfaat.
1. Perhatikan perilaku tidur anak.
Anak yang susah bangun pagi biasanya memiliki perilaku tidur yang buruk dan sebab tidak mudah mengantuk di malam hari. Tanyakan pada anak apa yang menyebabkannya susah tidur. Pastikan anak menghindari minuman yang mengandunyi kafein di waktu petang dan malam hari.
2. Pastikan anak tidur dengan kaar waktu yang betul.
Kurangnya waktu tidur anak-anak boleh jadi salah satu sebab mengapa ia susah bangun pagi. Waktu tidur setiap orang berbeza, berikan waktu tidur yang sesuai untuknya. Rata-rata anak-anak kecil tidur mulai jam 8 hingga 9 malam. Tempoh tidurnya ialah selama 8 hingga 9 jam juga.
3. Cuba cara yang berbeza membangunkan anak anda.
Untuk sesetangah anak, mematikan lampu merupakan cara membangunkan paling cepat. Cara yang sering digunakan ialah dengan cara mengguncang-guncangkan badan atau menyalakan jam lonceng. Cari cara yang paling sesuai untuk anak anda.
4. Buatkan sarapan
Janjikan sarapan yang sedap boleh jadi salah satu teknik si kecil tidak malas bangun pagi. Teknik ini boleh dikatakan sebagai umpan untuk anak bangun pagi. Sebagai contoh katakan pada anak "Kalau Hannah cepat bangun pagi nanti mama akan buatkan roti bakar letak leanut butter dengan jelly". Pasti akan menarik perhatian si kecil untuk lekas bangun.
5. Berikan tanggungjawab kepada
Jika anak susah untuk bangun pagi kerana selalu tidur lewat malam, mungkin akibat leka menonton tv, bermain dan sebagainya. Bila lambat bangun, maka lambatlah pergi ke sekolah. Di sinilah tanggungjawab ibubapa memainkan peranan. Hadkan waktu menonton tv an bermain. Berikan kerja atau tugasan kecil kepada anak anda sebagai satu tanggungjawab kepada mereka. Tugasan yang diberikan adalah untuk memberikan kepenatan sedikit kepada anak-anak seperti mencuci pinggan, menyapu sampah dan sebagainya mengikut umur anak anda.