Anak malas ke sekolah

Kenapa anak malas ke sekolah?

Sebahagian besar anak mengeluh tidak menyukai sekolah dan lebih suka tinggal di rumah sahaja. Jom kita kenalpasti apa masalah yang membuatkan anak-anak kita malas untuk ke sekolah. Adakah kerana mereka rasa bosan atau faktor stress yang membuat anak membenci sekolah?

Mungkin alasan ini boleh dijadikan panduan mengapa anak malas ke sekolah.

  • Merasa bosan dengan kegiatan sekolah
  • Merasa pelajaran di sekolah sangat susah untuk difahami sehingga mencari alasan untuk tidak ke sekolah.
  • Memiliki masalah dengan beberapa teman di sekolah dan tidak mampu menjalin pertemuan dengan orang lain.
  • Ada kawan-kawan yang suka mengusik anak anda sehingga merasa takut untuk ke sekolah.
  • Anak anda merasa bodoh apabila dibandingkan dengan teman-teman yang lain.
  • Sebahagian anak merasa sekolah seperti penjara kerana merasa tertekan di dalamnya sehingga merasa penat atau tertekan kerana tidak menikmati sekolah.

Jika anda adalah ibubapa yang merasa bahawa anak anda malas ke sekolah kerana alasan di atas, nanti saya kongsikan tips dan cara menghadapi anak malas ke sekolah pada posting berikutnya.


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.