Menangani anak yang degil dan nakal

Anak yang degil dan nakal... Salah ibubapa atau anak?

"Anak saya ni malas belajar, malas solat, malas tolong kerja-kerja di rumah, asyik tengok FB, main games dan tengok TV. Suka sangat melingkor dalam bilik. Dah berbuih mulut ni dok nasihat dia tapi dia tetap dengan perangai dia."

"Anak saya ni umur 3 tahun, tapi lasaknya... tak tahan saya. Kalau mengamuk saya ditumbuknya. Pastu dia dok guling2 atas lantai. Kadang2 dia dok hempas-hempaskan badannya. Saya dah tak tahu nak buat macam mana ni."

Inilah antara keluhan ibubapa yang "pening" memikirkan kerenah anak-anak mereka.

Ada pelbagai cara untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini. Mulakan sejak mereka kecil lagi. Didiklah mereka dengan kasih sayang, ketegasan dan displin. Displin ini amat penting, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka. Bayangkan jika anda bersama keluarga ke rumah orang lain, anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang seperti menyentuh dan mengisik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising... apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda biarkan perbuatan anak anda dan terus berborak dengan tuan rumah? Walaupun tuan rumah kelihatan tersenyum, tapi hatinya tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda.

Kalau perkara sekecil ini anda tidak prihatin dan tidak dapat kawal, maka tidak mustahil lah satu hari nanti kenakalan dan kedegilan mereka ini akan mendatangkan musibah kepada anda. Fikir-fikirkan lah.

Sebagai ibubapa perlu bijak dalam mendisplinkan anak-anak kita. Adakalanya memang kita beri mereka "gula-gula", tunjukkan kasih sayang, lemah lembut dan membiarkan mereka bebas meneroka alam kanak-kanak mereka dengan sedikit kenakalan... itu tidak mengapa. Kita juga haru berani memberi mereka "ubat pahit", menegur dan memarahi mereka dengan berkata "jangan atau tidak" supaya mereka mengerti tentang erti "batasan".

Jangan lupa untuk didik mereka dengan agama, solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya agar jiwa mereka disinari cahaya agama. Ajarkan mereka tentang dosa pahala agar mereka tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Ibubapa juga selalu-selalu lah mendoakan anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh, tidak tinggalkan solat dan sentiasa membaca Al-Quran.

Rawatlah anak-anak ini dengan JuzQ30. JuzQ30 ini mampu melembutkan hati anak yang degil, InsyaAllah.



Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.