Kaedah Meningkatan Tumpuan dan Perhatian

Dalam konteks pembelajaran, pelajar yang mempunyai kebolehan untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran dan mengekalkan tumpuan tersebut untuk jangka masa yang lama, sering mempamerkan prestasi cemerlang dalam apa jua tugasan yang dilakukan.

(1) Latihan carian huruf
Untuk latihan carian huruf, pelatih dikehendaki mencari huruf-huruf tertentu melalui apa-apa bentuk penulisan. Contohnya dengan mencari huruf “a” dalam perenggan pertama artikel ini. Apabila selesai, rekodkan masa yang diambil untuk menyelesaikan latihan ini. Tahap kepayahan latihan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, ia boleh dimulakan dengan satu perenggan, ditingkatkan kepada dua perenggan dan seterusnya. Selain itu, elemen keseronokan juga boleh diperkenalkan dalam latihan yang dilakukan seperti menjadikan ia sebagai satu bentuk pertandingan.

(2) Jejaki nombor
Latihan jejak nombor boleh dibuat menggunakan grid 10 x 10 yang mengandungi nombor berturut-turut seperti nombor 1 – 100 yang disusun dalam aturan rawak seperti contoh grid yang disediakan. Dalam latihan ini, pelatih dikehendaki menjejaki nombor yang disediakan mengikut aturan yang betul (0, 1, 2, 3, dan seterusnya). Seperti latihan carian huruf di atas, tahap kesusahan latihan boleh diturunkan seperti menggunakan nombor dalam aturan 1 – 50 atau ditingkatkan seperti menggunakan nombor dengan aturan 1 – 200. Latihan ini juga boleh dipelbagaikan dengan memasukkan elemen pertandingan untuk menambahkan keseronokan latihan.



Otak cenderung untuk memproses setiap maklumat yang diterima oleh sistem deria. Oleh yang demikian, melatih minda untuk memilih maklumat yang berkaitan dan mengabaikan maklumat yang tidak berkaitan dengan aktivit atau tugasan akan meningkatkan kebolehan untuk memberi tumpuan dan perhatian seterusnya prestasi tugasan yang sedang dilakukan. 

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.