Hari isnin adalah hari yang paling liat untuk anak-anak bangun pagi ke sekolah. Biasalah... Sabtu dan Ahad dah penat buat itu dan ini.
11 Cara Anak Seronok Pergi Sekolah
- Sebelum tidur, tanyakan anak nak sarapan apa esok pagi. Masaklah sarapa kegemaran anak anda.
- Sediakan air panas untuk mandi pagi. Anak-anak akan rasa malas bila di suruh mandi air sejuk.
- Sediakan pakaian sekolah dengan cantik dan kemas. Mudah untuk anak pakai baju sekolah.
- Sebaiknya biarkan anak pakai baju sendiri. Biarkan mereka usaha sikit.
- Puji anak anda setiap pagi supaya mereka rasa dihargai.
- Jangan hantar anak anda ke sekolah dalam keadaan tergesa-gesa. Kalau lambat, akan kena denda nanti. Tentu anak tidak rasa seronok.
- Peluk anak anda setiap hari sebelum ke sekolah. Cium pipi dan berikan kata-kata semangat.
- Bila anak balik dari sekolah, tanyakan apa yang dia belajar. Tanyakan bagaimana keadaan di sekolah.
- Lepas balik sekolah, minda anak mandi dan sediakan makan tengahari. Makan bersama anak anda sambil sembang-sembang apa yang dia belajar.
- Minta anak selesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Kalau dah siap, anak anda selesa untuk buat perkara lain.
- Sebelum tidur, anda bersama anak kemas buku sama-sama
Semoga membantu.
Sumber : hasrulhassan.com