Doakan anak setiap hari

"Anak saya degil, tak mahu dengar cakap!"
"Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"
"Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tak akan buat!"


Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai. Kanak-kanak dalam lingkunagn umur dua tahun hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga di dapati 'tidak dengar kata'

Sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah? Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangai anak sebegini.

  • Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak. Selalunya ibubapa bercakap sambil lewa saja tetapi sebaliknya, pandang uka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.
  • Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian. 
  • Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.
  • Cuba faham personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak iyang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.
  • Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan karenah anak yang menghiburkan.
  • Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda enghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu. Adakah terdapat ereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk memcari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
  • Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalya lembut akan menjadi semakin keras. Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
Sumber : Harian Metro 01/02/2011


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.