Masalah anak cepat atau lambat bercakap ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran termasuk peranan ibubapa. Ada juga bayi yang normal akan lambat bercakap sehingga usia mereka mencecah 2 hingga 5 tahun. Secara umum, bayi mempelajari cara percakapan menerusi orang yang berada di sekeliling mereka.
Lazimnya bayi akan memberi tindak balas sebaik sahaja mereka dilahirkan. Seorang kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Untuk itu, enam bulan pertama amat penting di mana ibubapa harus berkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap. Ini kerana seawal 10 hingga 12 bulan bayi lazimnya sudah boleh mengungkapkan perkataan papa, mama, baba, ibu, umi dan sebagainya yang dalam dua perkataan. Perkembangan tersebut akan meningkat perlahan-lahan sehinggalah mereka berusia 18 bulan di mana percantuman perkataan mula dituturkan.
Sekiranya bayi lambat bercakap berbanding kanak-kanak seusianya maka ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa tumbesaran bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza. Masalah bercakap hanya boleh ditentukan menerusi terapi pertuturan bahasa. Ibubapa yang mengesyaki anak mereka berhadapan masalah bercakap perlu segera merujuk kepada pakar terapi.
Ini kerana lambat befcakap boleh menjadi petanda kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme, terencat akal, lembap pembelajaran dan sebagainya. Lebih cepat dikenalpasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu.
Selain itu, perkara yang yang menyebabkan anak-anak lambat bercakap ialah tiada komunikasi antara ibubapa dengan anak masing-masing dan juga hubungan mata yang lemah. Hal ini terjadi kerana ibubapa lebih gemar endedahkan anak-anak mereka dengan gajet-gajet terkini yang tidak mempunyai komunikasi dua hala. Apabila ini terjadi, kanak-kanak tersebut tidak diendahkan dengan perkataan-perkataan ataupun komunikasi seharian yang sepatutnya mereka dengar.
Antara petanda yangboleh dipantau ibubapa bai engetahui anak mereka mempunyai masalah lambat bercakap ialah bayi idur sepanjang masa, gagal untuk bertindak balas pada suara atau lain-lain bunyi dan tindakbalas luar biasa yang berlebihan kepada rangsangan fizikal seperti bising, cahaya dan sentuhan.
Pada usia kanak-kanak dua tahun pula dia sepatutnya sudah boleh enguasai 200 hingga 300 patah perkataan. Selain itu, merek aboleh menyebut dua gabungan perkataan seperti baby nangis.
Menjelang usia tiga tahun pula, mereka boleh menguasai 900 hingga 1000 perkataan dan boleh menyebut beberapa baris ayat ringkas. Mereka juga boleh bermain dengan bunyi dan perkataan dan boleh menerima arahan.
Sumber : Akhbar Utusan 20120906