Showing posts with label Anak malas. Show all posts

Cara mengatasi anak malas ke sekolah

Anak ni ada bermacam-macam ragam. Ada yang rajin pergi sekolah sebab ada ramai kawan dan ada yang malas ke sekolah sebab tak berminat dengan suasana di sekolah. Anda sebagai ibubapa wajib ambil tahu kenapa dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Saya ada beberapa TIPS yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah anak malas ke sekolah.


Selidik masalah
Ibubapa harus mengenalpasti masalah tersebut dengan cara bertanya kepada anak anda. Kemudian fikirkan cara yang menarik yang membutakan anak bersemangat ke sekolah.

Hilangkan kekerasan di sekolah
Mungkin anak-anak ini dibuli/dikacau semasa di sekolah. Ibubapa haru menghentikan hal ini dengan cara berjumpa dengan guru kelas/guru besar ataupun terus bercakap dengan ibubapa anak tersebut.

Bantu anak untuk dapatkan kawan di sekolah
Jika anak-anak ada ramai kawan di sekolah, mereka akan rasa seronok untuk datang ke sekolah. Bagaimana nak dapatkan ramai kawan di sekolah? Caranya, anda boleh buat pesta/majlis makan-makan di rumah anda dan menghabiskan waktu bersama mereka. Mesti seronok kan?

Bantu pelajaran agar mudah anak faham
Bantu dari guru sekolah adalah sangat penting. Bantu anak anda dengan memberikan contoh-contoh yang lebih mudah difahami anak.

Berikan penghargaan kepada anak untuk kehadirannya.
Jika anak anda boleh pergi sekolah penuh dalam masa sebulan, makan berikanlah hadiah sebagai bentuk penghargaan. Dengan cara ini boleh membuat anak menjadi lebih bersemangat untuk ke sekolah.

Dengan cara begini, sudah tentunya anak anda suka pergi sekolah tanpa ada rasa tekanan. Mereka melihat sekolah sebagai tempat yang mengembirakan dan saya pasti anak anda tidak sabar menanti esok hari agar dapat segera ke skolah.

Posted in | Leave a comment

Anak malas ke sekolah

Kenapa anak malas ke sekolah?

Sebahagian besar anak mengeluh tidak menyukai sekolah dan lebih suka tinggal di rumah sahaja. Jom kita kenalpasti apa masalah yang membuatkan anak-anak kita malas untuk ke sekolah. Adakah kerana mereka rasa bosan atau faktor stress yang membuat anak membenci sekolah?

Mungkin alasan ini boleh dijadikan panduan mengapa anak malas ke sekolah.

  • Merasa bosan dengan kegiatan sekolah
  • Merasa pelajaran di sekolah sangat susah untuk difahami sehingga mencari alasan untuk tidak ke sekolah.
  • Memiliki masalah dengan beberapa teman di sekolah dan tidak mampu menjalin pertemuan dengan orang lain.
  • Ada kawan-kawan yang suka mengusik anak anda sehingga merasa takut untuk ke sekolah.
  • Anak anda merasa bodoh apabila dibandingkan dengan teman-teman yang lain.
  • Sebahagian anak merasa sekolah seperti penjara kerana merasa tertekan di dalamnya sehingga merasa penat atau tertekan kerana tidak menikmati sekolah.

Jika anda adalah ibubapa yang merasa bahawa anak anda malas ke sekolah kerana alasan di atas, nanti saya kongsikan tips dan cara menghadapi anak malas ke sekolah pada posting berikutnya.


Posted in | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.