Kaedah Meningkatan Tumpuan dan Perhatian

Dalam konteks pembelajaran, pelajar yang mempunyai kebolehan untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran dan mengekalkan tumpuan tersebut untuk jangka masa yang lama, sering mempamerkan prestasi cemerlang dalam apa jua tugasan yang dilakukan.

(1) Latihan carian huruf
Untuk latihan carian huruf, pelatih dikehendaki mencari huruf-huruf tertentu melalui apa-apa bentuk penulisan. Contohnya dengan mencari huruf “a” dalam perenggan pertama artikel ini. Apabila selesai, rekodkan masa yang diambil untuk menyelesaikan latihan ini. Tahap kepayahan latihan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, ia boleh dimulakan dengan satu perenggan, ditingkatkan kepada dua perenggan dan seterusnya. Selain itu, elemen keseronokan juga boleh diperkenalkan dalam latihan yang dilakukan seperti menjadikan ia sebagai satu bentuk pertandingan.

(2) Jejaki nombor
Latihan jejak nombor boleh dibuat menggunakan grid 10 x 10 yang mengandungi nombor berturut-turut seperti nombor 1 – 100 yang disusun dalam aturan rawak seperti contoh grid yang disediakan. Dalam latihan ini, pelatih dikehendaki menjejaki nombor yang disediakan mengikut aturan yang betul (0, 1, 2, 3, dan seterusnya). Seperti latihan carian huruf di atas, tahap kesusahan latihan boleh diturunkan seperti menggunakan nombor dalam aturan 1 – 50 atau ditingkatkan seperti menggunakan nombor dengan aturan 1 – 200. Latihan ini juga boleh dipelbagaikan dengan memasukkan elemen pertandingan untuk menambahkan keseronokan latihan.



Otak cenderung untuk memproses setiap maklumat yang diterima oleh sistem deria. Oleh yang demikian, melatih minda untuk memilih maklumat yang berkaitan dan mengabaikan maklumat yang tidak berkaitan dengan aktivit atau tugasan akan meningkatkan kebolehan untuk memberi tumpuan dan perhatian seterusnya prestasi tugasan yang sedang dilakukan. 

Leave a comment

Persediaan Exam

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN dari segi FIZIKAL

1. KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan.  Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu  ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:  

·        Tidur yang cukup.  Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

·         Jaga pemakanan.  Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

·         Riadah.  Jangan beriadah sehingga meletihkan badan.  Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.


2. KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan.  Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan.  Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.


Sumber : laman_map.com


Posted in | Leave a comment

Bagaimana menjadikan anak lebih cerdas?

6 Tips Meningkatkan Kecerdasan Otak Anak


1.       Bermain Permainan Asah Otak
Hal ini telah terbukti untuk meningkatkan kemampuan otak kanan anak Anda. Catur, teka-teki silang, ataupun permainan tebak-tebakan dapat melatih otak anak . Permainan seperti Sudoku bisa menjadi permainan yang menyenangkan sekaligus melatih pemikiran strategis, pemecahan masalah, dan pengambilan keputusan yang kompleks. Jaga terus permainan asah otak ini di sekitar rumah dan ajak anak anda untuk membantu anda dalam memecahkan masalah yang rumit.


2.       Belajar Musik
Mendengarkan anak Anda bermain musik mungkin tidak selalu menyenangkan bagi Anda, namun pelajaran musik dapat menjadi cara yang menyenangkan untuk mengasah otak kanan. Berdasarkan sebuah penelitian oleh para peneliti dari Universitas Toronto, pelajaran musik tampaknya bermanfaat bagi perkembangan IQ dan akademik anak. Penelitian tersebut menemukan bahwa belajar musik di masa kecil akan berpengaruh pada hasil (nilai) yang lebih bagus saat di SMU, dan IQ yang tinggi ketika dewasa.


3.       Olahraga
Studi yang dilakukan oleh peneliti Universitas Illinois menunjukkan hubungan yang kuat antara kebugaran dan prestasi akademik di antara anak-anak sekolah dasar. Berolahraga dapat mendorong anak lebih percaya diri, mampu bekerja secara tim, dan berjiwa kepemimpinan.


4.       Menggali dan Menjaga Rasa Keingintahuan
Para ahli mengatakan bahwa orang tua yang mendorong dan menjaga anak-anak mereka untuk menggali hal-hal baru, mengajarkan mereka akan pelajaran yang berharga: bahwa mencari pengetahuan adalah sangat penting. Dukunglah hobi anak-anak anda selama itu positif, jangan bosan-bosan menjawab pertanyaan-pertanyaan anak yang mungkin remeh bagi anda, dan ajarkan keahlian-keahlian baru pada mereka. Hal tersebut dapat membantu perkembangan otak anak anda ke arah yang lebih intelektual.


5.       Membaca
Membaca sangat baik untuk perkembangan otak anak. Membaca adalah cara untuk meningkatkan pembelajaran dan perkembangan kognitif pada anak-anak dari segala usia. Ajari anak-anak anda untuk membaca sedini mungkin dan dorong mereka agar senantiasa gemar membaca.


6.       Menguatkan Kepercayaan Diri
Pada usia remaja, anak-anak dapat menjadi mangsa berpikir negatif yang dapat membatasi potensi mereka. Psikolog anak mendorong orang tua untuk menguatkan anak-anak mereka secara positif dengan dorongan dan keyakinan yang optimis. Partisipasi dalam olahraga tim dan kegiatan sosial lainnya juga membantu membangun kepercayaan diri anak.



Nota : Tidak ada orang yang lebih baik dan tepat untuk mendidik anak selain anda sebagai orang tuanya, kerana sedar ataupun tidak anak akan lebih cenderung mengikuti kebiasaan dan beradaptasi dengan pribadi anda.

Leave a comment

Rahsia penerang hati untuk belajar ilmu baru


5 rahsia penerang hati utuk belajar ilmu baru ;

1. Jangan rasa lebih pandai daripada orang yang mengajar.
2. Belajar merendah diri
3. Bertanya dengan sopan
4. Bertanya untuk tahu, bukan untuk tunjuk pandai
5. Jangan lupa bersyukur + ucap terima kasih

Posted in | Leave a comment

Ajar anak solat

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.

Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukullah jika mereka tidak solat bila berumur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Abu Daud).


Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”`SOLATLAH ANAKKU WALAU DI MANA KAMU BERADA’


Salah satu tarikan untuk mendidik anak agar solat ialah dengan membelikan telekung yang baru. Ini akan membuatkan dia lebih bersemangat untuk solat.

Cadangan saya agar mencari telekung cotton yang patuh syariah supaya mereka belajar lagi awal bagaimana untuk mencari lelekung yang sesuai. Telekung yang baik buatannya akan membantu anak-anak beribadat dengan selesa, kusyuk dan tenang.


Telekung cotton kanak-kanak. Patuh syariat dan terbaik buatannya www.facebook.com/TelekungKauthar





Posted in | Leave a comment

Lemah dalam pelajaran

Hakikatnya, bukan sesuatu yang mustahil, seorang pelajar yang lemah boleh memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran di sekolah.

Impian boleh menjadi realiti jika di tokok tambah dengan kesungguhan dan sokongan ibu bapa.


Bagi pakar minda, Dr Alagan Govindan, pengalamannya lebih 20 tahun dalam pendidikan mendapati pelajar lemah mampu melonjak sebagai pelajar cemerlang.

Beliau berkata, kebanyakan pelajar di takuk lama kerana gagal menggunakan teknik betul dalam sistem pembelajaran serta rutin harian.

“Sejak 2001 saya membantu ribuan pelajar melonjak dari pelajar lemah menjadi cemerlang.

“Kecemerlangan bukan kerana kepandaian pelajar semata- mata tetapi ada kait mengait dengan sokongan persekitaran yang membantu melonjak kemampuan sedia ada.

“Pelajar lemah sering dianggap tiada masa depan dan semula jadi tidak pandai.
Itu tidak tepat kerana mereka mampu membina kecemerlangan jika betul tekniknya selain mendapat sokongan ibu bapa.

“Tiada siapa dilahirkan bijak tetapi ia adalah proses berterusan yang memerlukan bimbingan khusus untuk berjaya,” katanya.

Beliau adalah pakar memori dan minda yang banyak membuat penyelidikan mengenai tahap akal manusia selain memegang jawatan Presiden Pertubuhan Bijak Belajar Malaysia.

Kajian yang dilakukan, beliau menghasilkan beberapa panduan bagaimana menggunakan enam teknik belajar berkesan, teknik tingkah laku dan karier.

Beliau juga menggunakan kaedah pemantauan dengan melantik tenaga terlatih bagi memastikan pelajar lemah mengikuti segala panduan.

“Sepanjang tempoh program, tenaga terlatih ini akan datang ke rumah pelajar untuk melihat dan memantau sama ada mereka mengikuti apa diajar atau tidak.

“Melaluinya, pelajar akan jadi lebih berdisiplin manakala ibu bapa tahu peranan yang harus dilakukan.

“Semuanya dibuktikan dengan hasil kajian dan analisa. Malah, ada pelajar yang dulunya mendapat E dalam subjek Sains dan Matematik, kini memperoleh gred A dan B selepas mengikuti kaedah itu,” katanya.

Beliau turut berkongsi beberapa panduan yang digunakan dalam teknik tingkah laku iaitu:


  • Bangunkan anak dengan perasaan gembira supaya dia juga merasai perasaan sama.
  • Gim Minda (Brain Gym) untuk mengaktifkan perjalanan darah ke seluruh badan terutama kepala.
  • Riadah
  • Pilih makanan berkhasiat seperti meminum segelas susu sebelum tidur di waktu malam.
  • Pergaulan ibu bapa yang positif seperti sentiasa memberi kata pujian kepada anak-anak menggunakan sistem penghargaan.
  • Meja belajar yang selesa.
  • Menyediakan jadual waktu.

    Bagi teknik karier, beliau menggalakkan ibu bapa memanggil nama anak berdasarkan cita-cita.

    “Jika anak ingin menjadi doktor, tambahkan di pangkal namanya gelaran Dr. Teknik ini berkesan untuk memotivasikan anak tapi ibu bapa malu melakukan.

    “Anak yang kerap dipanggil begitu, dia akan jadi lebih bersemangat belajar kerana mahu mencapai cita-cita itu,” katanya.

    Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi b Tengku Mohamad telah memfomulasikan produk minda berasaskan makanan sunnah yang dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stress dan gangguan emosi.

  • Produk minda JuzQ30 ini terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut di dalam Al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.


    Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah :
    • Menyuburkan sel-sel otak
    • Meningkatkan daya fokus dan tumpuan
    • Menstabilkan frekuensi minda
    • Memberikan ketenangan 
    • Meningkatkan keupayaan mengawal emosi
    • Terang hati dan mudah faham
    • Melembutkan hati yang degil
    • Cepat ingat dan pantas berfikir
    • Meningkatkan semangat belajar
    • Memudahkan hafalan
    • Membantu melancarkan  perjalanan darah.
    Harga : RM80 sekotak
    Ada DISKAUN untuk pembelian 2 kotak dan ke atas.
    Sila hubungi Pn Izzah 019-7294000.

    Posted in , | 1 Comment

    11 cara anak seronok ke sekolah

    Hari isnin adalah hari yang paling liat untuk anak-anak bangun pagi ke sekolah. Biasalah... Sabtu dan Ahad dah penat buat itu dan ini.


    11 Cara Anak Seronok Pergi Sekolah

    1. Sebelum tidur, tanyakan anak nak sarapan apa esok pagi. Masaklah sarapa kegemaran anak anda.
    2. Sediakan air panas untuk mandi pagi. Anak-anak akan rasa malas bila di suruh mandi air sejuk.
    3. Sediakan pakaian sekolah dengan cantik dan kemas. Mudah untuk anak pakai baju sekolah.
    4. Sebaiknya biarkan anak pakai baju sendiri. Biarkan mereka usaha sikit.
    5. Puji anak anda setiap pagi supaya mereka rasa dihargai.
    6. Jangan hantar anak anda ke sekolah dalam keadaan tergesa-gesa. Kalau lambat, akan kena denda nanti. Tentu anak tidak rasa seronok.
    7. Peluk anak anda setiap hari sebelum ke sekolah. Cium pipi dan berikan kata-kata semangat.
    8. Bila anak balik dari sekolah, tanyakan apa yang dia belajar. Tanyakan bagaimana keadaan di sekolah.
    9. Lepas balik sekolah, minda anak mandi dan sediakan makan tengahari. Makan bersama anak anda sambil sembang-sembang apa yang dia belajar.
    10. Minta anak selesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Kalau dah siap, anak anda selesa untuk buat perkara lain.
    11. Sebelum tidur, anda bersama anak kemas buku sama-sama
    Semoga membantu.


    Sumber : hasrulhassan.com



    Posted in | Leave a comment
    Powered by Blogger.

    Search

    Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.