Dalam konteks pembelajaran,
pelajar yang mempunyai kebolehan untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran dan
mengekalkan tumpuan tersebut untuk jangka masa yang lama, sering mempamerkan
prestasi cemerlang dalam apa jua tugasan yang dilakukan.
(1) Latihan carian huruf
Untuk latihan carian huruf,
pelatih dikehendaki mencari huruf-huruf tertentu melalui apa-apa bentuk
penulisan. Contohnya dengan mencari huruf “a” dalam perenggan pertama artikel
ini. Apabila selesai, rekodkan masa yang diambil untuk menyelesaikan latihan
ini. Tahap kepayahan latihan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai
contoh, ia boleh dimulakan dengan satu perenggan, ditingkatkan kepada dua
perenggan dan seterusnya. Selain itu, elemen keseronokan juga boleh diperkenalkan
dalam latihan yang dilakukan seperti menjadikan ia sebagai satu bentuk
pertandingan.
(2) Jejaki nombor
Latihan jejak nombor boleh
dibuat menggunakan grid 10 x 10 yang mengandungi nombor berturut-turut seperti
nombor 1 – 100 yang disusun dalam aturan rawak seperti contoh grid yang
disediakan. Dalam latihan ini, pelatih dikehendaki menjejaki nombor yang
disediakan mengikut aturan yang betul (0, 1, 2, 3, dan seterusnya). Seperti
latihan carian huruf di atas, tahap kesusahan latihan boleh diturunkan seperti menggunakan
nombor dalam aturan 1 – 50 atau ditingkatkan seperti menggunakan nombor dengan
aturan 1 – 200. Latihan ini juga boleh dipelbagaikan dengan memasukkan elemen
pertandingan untuk menambahkan keseronokan latihan.
Otak cenderung untuk
memproses setiap maklumat yang diterima oleh sistem deria. Oleh yang demikian,
melatih minda untuk memilih maklumat yang berkaitan dan mengabaikan maklumat
yang tidak berkaitan dengan aktivit atau tugasan akan meningkatkan kebolehan
untuk memberi tumpuan dan perhatian seterusnya prestasi tugasan yang sedang
dilakukan.